Berita Terkini
recent

Masih Ada Orang Baik, Jujur

MENERUSI laman Instagram, pelakon Ainul Aishah meluahkan rasa syukur apabila dompetnya yang tertinggal di sebuah restoran telah disimpan oleh lelaki yang disifatkannya sebagai seorang yang berhati mulia.

Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aisyah Azizun, 32, memuat naik foto perbualan dia dengan lelaki bernama Saifuddin Ibrahim yang menjumpai beg miliknya di Instagram pada Khamis.

Foto tersebut juga mendapat perhatian netizen yang memuji sikap jujur lelaki itu.

"Orang baik masih wujud. Tak semua orang jujur dan baik hati dan nak pulangkan balik beg duit yang tertinggal. Lelaki ini layak menerima ribuan pujian daripada kita semua.

"Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur, sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa jadi baik seperti anda sekarang. Kita perlu orang seperti dia dalam dunia ini.

"Saya sangat hargai. Terima Kasih Saifuddin @saifuddinibrahim," tulisnya.

Apa yang dilakukan Saifuddin pada hari raya ini memang patut dijadikan contoh dan sikapnya harus dipuji.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.