F Lindsay Hadiri Majlis Berbuka Puasa Anjuran Maher Zain | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Lindsay Hadiri Majlis Berbuka Puasa Anjuran Maher Zain

Meskipun tidak pernah menyatakan dirinya telah memeluk Islam namun Lindsay Lohan tidak pernah gagal mencuri perhatian umat muslim kerana usahanya memperlajari budaya Timur dan agama Islam.

Terkini, bintang Hollywood sensasi ini sempat menghadiri satu majlis berbuka puasa bertemakan Iftar at The Savoy.

Majlis yang diadakan di London itu sempena projek One Family anjuran penyanyi terkenal berasal dari Lebanon, Maher Zain.

..

Berdasarkan status kemaskini laman Twitter rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.

Menerusi sebuah video di Twitter yang dirakamkan oleh salah seorang tetamu, menunjukkan bintang filem Herbie: Fully Loaded itu membahaskan tentang masalah perdagangan anak.

"Kita percaya semua anak di dunia layak berasa aman dan dicintai," kata Lindsay.

..

Sementara itu Maher Zain turut re-tweet status para tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan foto-foto Lindsay Lohan di acara itu.

Bagaimanapun penyanyi yang cukup popular dengan lagu Insha Allah dan Thank You Allah ini tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang 'Mean Girls' itu ke majlis anjurannya.

Untuk makluman, One Family ditubuhkan Maher Zain dan Awakening Records yang terdiri daripada produser, penyanyi, yang memperjuangkan konsep religi dan kerohanian di seluruh dunia. Projek yang melibatkan penggiat seni, pengikut media sosial, selebriti, dan tokoh terkenal di platform digital dan sosial meuar-uarkan kempen tentang mewujudkan perubahan dan keamanan dunia.

Manakala acara berbuka puasa tersebut sekaligus untuk mengumpul dana yang bakal disumbangkan untuk kepentingan anak-anak yang kurang bernasib baik, khususnya di kawasan Asia Selatan.

ot;1" />
Powered by Blogger.