F Lima Perkara Perlu Tahu Tentang Iswan Ismail | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Lima Perkara Perlu Tahu Tentang Iswan Ismail

KALAU anda peminat drama Hero Seorang Cinderella, pastinya turut menyedari watak Lukman atau Luke yang dilakonkan artis baharu iaitu Iswan Ismail.

Walaupun lakonannya masih 'kayu' sama seperti Fattah Amin semasa mula-mula berlakon dahulu, namun  Iswan atau nama sebenarnya Muhammad Iswan Ismail, 28, semakin mendapat tempat di hati peminat sehingga wujud akaun Instagram kelab peminatnya.

Kepada yang ingin mengenali Iswan, Kakigosip mengajukan lima perkara menarik tentang dia serta ciri-ciri wanita idamannya.


1.  Saya sedang menyambung pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Pentabiran Perniagaan di Inti College, Subang dan Insya-Allah beberapa bulan lagi akan tamat belajar.

2. Belum ada kekasih. Hubungan cinta sebelum ini terputus sejak saya mula berlakon pada tahun lalu.
3. Antara aktiviti harian, saya akan ke gimnasium untuk menjaga bentuk badan dan stamina.

4. Saya suka wanita berambut panjang tapi bila dia keluar berjalan, dia perlu pakai tudung. Kalau nak keluar dating, saya lebih suka ke restoran yang ada persembahan band dan selepas itu bawa dia berjalan ke tempat yang lebih senang berborak.

5. Bangun pukul 6.00 pagi setiap hari untuk solat Subuh dan hanya akan tidur semula selepas sarapan. Itupun jika tiada sebarang kerja pada hujung minggu.

Itulah antara lima perkara tentang Iswan dan mudah-mudahan kerjaya seninya akan lebih cemerlang.


Powered by Blogger.