F Lelaki Ugut Mahu Bunuh Apink Akhirnya Buat Pengakuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Apink Akhirnya Buat Pengakuan

Baru-baru ini kumpulan popular Apink menerima ancaman bunuh daripada seorang lelaki misteri. Berita tersebut cukup mengejutkan bukan saja artis agensi Plan A Entertainment ini malah peminat yang rata-rata bimbang akan keselamatan idola mereka.

Bagaimanapun pada 15 Jun lalu, lelaki tersebut tampil membuat pengakuan mengapa dia bertindak sedemikian.

Ketika ditemubual media Osen, lelaki berkenaan berkata, sebagai peminat setia, dia kecewa dengan sikap agensi yang tidak memebri maklum balas terhadapnya

"Saya melakukan ini kerana tiada respon balas daripada agensi. Saya peminat setia Apink dan sebenarnya tidak ingin membunuh mereka.

"Saya tampil kerana berasa dianiaya selepas membaca laporan tersebut. Saya tidak membuat ancaman bunuh dan sebab agensi mahu menyaman saya keran komen yang dianggap berniat jahat.

"Saya hanya menghubungi mereka sebanyak dua kali dan saya tidak berniat untuk mengganggu mereka," jelas lelaki yang identitinya dikenali sebagai A.

A bagaimanapun mengaku mengucapkan kata-kata berbaur ugutan bunuh kerana berasa marah terhadap Apink kerana keluar temujanji dengan pelatih-pelatih program realiti.

"Saya hanya benar-benar memberi ugutan bunuh kerana marah dengan Apink yang keluar temujanji dengan pelatih-pelatih (bakal pelakon) daripada program realiti. Saya sudah meminati Apink selama enam tahun dan telah menghabiskan banyak masa dan wang untuk mereka.

"Saya rasa seperti dikhianati apabila melihat mereka keluar dengan pelatih-pelatih yang belum lagi layak digelar pelakon. Oleh sebab itu, saya menghubungi agensi dan mahu membuat aduan.

"Namun agensi hanya mengatakan bahwa mereka tidak tahu apa-apa. Ini membuatkan saya berasa begitu marah dan saya menghubungi polis dan membuat ancaman bunuh.

"Saya tidak berhasrat untuk menyerah diri tetapi saya tidak mahu mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada Apink," tambahnya lagi.

Difahamkan, pihak polis kini sedang melakukan siasatan terhadap kes ini.
ot;1" />
Powered by Blogger.