Berita Terkini
recent

Lapan maut dalam nahas empat kenderaan

Lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 25 Jalan Bahau - Keratong, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira  2.30 petang membabitkan masing-masing sebuah treler, Proton Exora, Toyota Vios dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mangsa yang rentung menaiki Proton Exora termasuk seorang kanak-kanak.


Beliau berkata, mangsa bagaimanapun belum dapat dikenal pasti berikutan kesemua barangan termasuk pengenalan diri turut terbakar.


Mangsa lain yang maut adalah pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Myvi. Manakala, anak mereka berusia 3 tahun cedera dan dikejarkan ke Hospital Jempol.

“Siasatan awal mendapati, treler dari arah Keratong menghala ke Bahau dipercayai cuba memotong sebuah motosikal, bagaimanapun tidak lepas dan pemandu terpaksa menekan brek,” katanya.

Berikutan itu, katanya, treler tanpa muatan berkenaan terbabas ke kanan jalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa sama, sebuah Perodua Myvi cuba mengelak treler itu, lalu turut masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Toyota Vios. Manakala Proton Exora dari arah Bahau ke Keratong pula terbabas ke kiri, lalu melanggar treler terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Jempol untuk siasatan termasuk bagi mencari waris untuk mengenal pasti identiti mangsa yang rentung.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.