Berita Terkini
recent

Ketenangan gamit Zizan kembali

KETENANGAN dan keseronokan berpuasa serta menyambut lebaran di Tanah Suci menggamit selebriti serba boleh, Zizan Razak untuk kembali ke sana.

Zizan atau pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak akan berangkat ke Makkah esok dan pulang pada 26 Jun ini.

Lagipun katanya, dia menganggap peluang ke Tanah Suci sebagai bercuti kerana belum menikmati cuti sepenuhnya selepas pulang dari sana tahun lalu.

“Apa yang pasti saya lebih tenang berada di sana. Saya ambil peluang perbaiki kekurangan ibadah saya tahun lalu sebab masa tu saya pergi dengan tak ada ilmu.


“Jadi untuk tahun ini apa yang tak sempat buat tahun lepas saya nak buat, apa yang saya tak sempat nak doa saya nak doa. Tapi apa yang saya nak minta, biarlah antara saya dan ALLAH SWT,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa serta sidang media program Syawal TV3 dan TV9, baru-baru ini.

Tambah Zizan lagi, dia amat menggalakkan mana-mana individu yang berkemampuan dan belum berkesempatan ke sana untuk merasai sendiri pengalaman berada di Makkah sekali seumur hidup.

“Apabila kita berada di sana, kita tak ambil tahu berapa gaji dia atau siapa di sana kerana kita semua akan sama-sama duduk setaraf dan beribadat.

"Berada di Makkah juga membuatkan dia lebih mengenali diri sendiri dan mengingatkan kita keadaan di Padang Mahsyar kelak,” jelasnya.

Zizan yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Jula Juli Putus Cinta bersama Mira Filzah arahan Osman Ali yang akan disiarkan pada hari Lebaran nanti.

Selain itu, dia juga masih menanti tarikh baru memulakan penggambaran filem Polis Evo 2 yang sepatutnya bermula sebelum puasa yang lalu.

Ujar Zizan, sambutan hangat yang diterima menerusi filem pertama telah menyuntik semangatnya untuk menjayakan filem aksi.

“Walaupun orang tak puji direct, tapi sambutan diterima itu memang bermakna pada kami.

Pelakon ini juga menganggap, bukan mudah menjayakan sesebuah filem aksi tetapi hasilnya dapat memberi kepuasan tersendiri.

Zizan berkata, dia juga masih menjaga badan sehingga kini supaya dapat mengikut kehendak skrip.

 “Memang badan saya tak nampak beza sebab ada turun naik selepas beberapa kali demam. Tapi yang pasti hari penggambaran baru saya akan push agar dapat seperti apa yang diminta. Buat masa ini saya hanya jaga makan supaya badan lebih fit dan sado,” jelasnya.
Powered by Blogger.