Berita Terkini
recent

Kereta anggota polis terperosok bawah lori

Berpantang maut sebelum ajal apabila dua anggota polis wanita selamat tanpa mengalami sebarang

kecederaan selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki terperosok bawah lori di Kilometer 200.4  Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, kedua-dua anggota berkenaan dipercayai berpangkat koperal dan inspektor berjaya keluar sendiri meskipun keadaaan kereta remuk teruk.

Kejadian dipercayai berlaku apabila satu daripada tayar lori muatan sawit itu meletup menyebabkan pemandunya berusia 54 tahun hilang kawalan sebelum menghimpit ke arah kanan laluan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Zainal Kipli Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.27 petang.

Menurutnya, tiba di lokasi, didapati pemandu dan penumpang kereta berjaya keluar sendiri dari kenderaan dalam keadaan selamat.

“Anggota bomba segera membuat pemeriksaan dan kerja-kerja penyelamatan, pemandu lori sawit tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.