Berita Terkini
recent

Keluarga Tak Suka Faye Kusairi Jadi Jahat

Mengakui dia sebenarnya lebih puas jika melakonkan watak antagonis namun Faye Kusairi berkata dia berasa lucu apabila ada antara ahli keluarganya berpesan supaya jangan terlalu kerap menerima tawaran karakter sebegitu.

Menurut pelakon kelahiran Miri, Sarawak ini, ibunya pernah mengadu tidak suka menonton lakonannya terutama jika dia membawakan watak jahat.

"Kalau orang kata kita jahat dalam cerita dan anggapnya sebagai 'real', itu maknanya mereka terkesan dengan lakonan saya. Tapi, keluarga terutama ibu mengadu dia tidak suka menonton lakonan saya. Katanya, dia tak boleh terima apabila saya bawa watak jahat kerana itu bukan diri saya.

"Bagi saya, lebih puas bawakan watak antagonis kerana saya boleh rancang macam-macam dengan watak itu. Kalau watak baik, saya tak boleh twist, jadi macam boring,” tutur pelakon 7 Hari Mencintaiku ini.

Sementara itu, berkongsi mengenai kehidupannya kini, Faye berkata, dia masih lagi belajar menyesuaikan diri dan memikul tanggungjawab sebagai isteri.

"Alhamdulillah, semuanya okay. Saya masih lagi menyesuaikan diri. Kalau dulu, lebih bebsa untu kemana saja tapi sekarang apa-apa yang saya hendak buat, saya perlu minta izin suami," katanya.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta, pada 9 April lalu.

Dalam pada itu, Faye berkata, dek kerana kekangan masa, dia dan suaminya belum berkesempatan pergi berbulan madu.

"Belum sempat lagi berbulan madu. InsyaAllah selepas raya nanti tapi belum tahu destinasinya," katanya.

ot;1" />
Powered by Blogger.