Berita Terkini
recent

Kekasih Rihanna dari Arab Saudi

Misteri siapa kekasih baru penyanyi Rihanna, 29, akhirnya terungkai selepas dia dilihat intim bersama ahli perniagaan dari Arab Saudi, baru-baru ini.

Menurut laporan, lelaki itu adalah Hassan Jameel yang berasal dari keluarga pemilik syarikat penjual kereta Toyota di Timur Tengah.

Foto Rihanna bersama kekasihnya itu diambil ketika mereka bersantai di sebuah kolam renang di Sepanyol.

Bukan setakat mesra, mereka juga dilihat kerap bercumbuan.

Menurut sumber, hubungan itu memang serius dan penyanyi Diamonds itu sendiri mengakui sangat sukakan Hassan.

“Hubungan kali ini adalah serius. Rihanna memberitahu rakannya dia jatuh cinta dengan Hassan.

“Mereka juga semakin kerap meluangkan masa dan melihat riak wajah masing-masing, mereka memang sedang dilamun cinta,” katanya.

Hassan menjadi antara orang penting syarikat berkenaan dan pernah dilihat berurus niaga dengan keluarga diraja Britain termasuk Putera Andrew.

Dia juga dikatakan pernah intim dengan peragawati terkenal Naomi Campbell.

Mereka begitu mesra sewaktu menghadiri persembahan Stevie Wonder di Barclaycard British Summer Time Festival tidak lama dulu.

Rihanna sebelum ini dikaitkan dengan banyak teman lelaki termasuk penyanyi rap Kanada, Drake. Pernah menjalin cinta, mereka bagaimanapun berpisah pada tahun lalu.

Pada 2015, penyanyi kelahiran Barbados itu juga pernah dikaitkan dengan pelakon Leonardo DiCaprio selain menjalin hubungan dengan bintang besbol, Matt Kemp pada 2010.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.