F Kecantikan Semula Jadi Kim Tae Hee Dikagumi Netizen | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Kecantikan Semula Jadi Kim Tae Hee Dikagumi Netizen

UNTUNG orang berwajah photogenic ni kan... ambil gambar daripada posisi manapun tetap kelihatan cantik dan pesona inilah yang dimiliki oleh isteri kepada penyanyi Rain, Kim Tae Hee.
Netizen bersepakat mengatakan Tae Hee sememangnya mempunyai wajah yang sangat cantik secara semula jadi dan perkara ini dibuktikan dengan beberapa keping gambar Tae Hee yang mula tersebar luas di laman sosial kebelakangan ini biarpun hanya 'dipotretkan' menggunakan kamera netizen.
Menyedari hal itu, laman portal Despatch mula mengeluarkan sejumlah foto-foto Kim Tae Hee yang pernah dirakam sebelum ini.

Biarpun tanpa menggunakan kepakaran jurugambar profesional, kejelitaan Tae Hee pada setiap gambar tetap kelihatan terserlah walaupun dalam gaya kandid.

Kata netizen, meskipun gambar yang dikeluarkan itu bukanlah gambar terkini beliau, tetapi jelas kelihatan wajahnya tidak banyak berubah sehingga sekarang.

Sebahagian besar gambar tersebut diambil ketika pelakon Good Doctor ini sedang mengadakan sesi beramah-msera bersama peminat.

Biarpun suasana pada ketika itu agak kelam-kabut sehingga membuatkan beberapa gambar yang diambil kelihatan kabur dan tidak jelas, namun masih mempamerkan sisi jelita bakal ibu ini.
Seri wajah Tae Hee semakin diperkatakan setelah dia kini sarat berbadan dua selepas pernikahan bersama Rain di sebuah majlis tertutup Januari lalu.


Powered by Blogger.