F Kaka Azraff, Rody Kristal Putus Cinta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Kaka Azraff, Rody Kristal Putus Cinta

Akhirnya percintaan Kaka Azraff dan Rody Kristal musnah di tengah jalan apabila pasangan ini  telah pun putus cinta.

Menurut sumber asal, pasangan ini sudah lama tidak berhubungan antara satu sama lain.  Jika sebelum ini mereka begitu mesra dan turut dilihat pernah dating di Genting Highland namun kini hanya tinggal kenangan.

Malah sewaktu Rody mengerjakan umrah pada bulan Mac lalu, dikatakan juga Kaka tidak kelihatan di lapangan terbang.  Hubungan mereka diam begitu sahaja.

Kakigosip sebelum ini telah menyiarkan cerita mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara mereka yang difahamkan telah lama berkenalan iaitu sejak zaman remaja lagi.

Hubungan mereka menjadi lebih rapat setelah kedua-duanya terlibat dalam program Duo Star.  Kaka sebagai peserta dan Rody pula sebagai pengarah muzik program tersebut.

Ketika hangatnya cerita cinta mereka diperkatakan, Kaka dan Rody juga tidak menafikan bahawa masing-masing sedang mengenali hati budi dan minta didoakan yang baik-baik sahaja.
Namun apakan daya, jodoh bukan di tangan kita.

Rody yang dihubungi enggan mengulas lanjut.  Dia sekadar mengesahkan berita tersebut dan reda dengan ketentuanNya.

Bagaimanapun hubungannya dengan Kaka masih baik seperti biasa.
InsyaALLAH, ada jodoh dengan orang lain.  Move On.
ot;1" />
Powered by Blogger.