F Kahwin di Las Vegas Bulan Depan? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Kahwin di Las Vegas Bulan Depan?

Perjalanan cinta Miley Cyrus dan Liam Hemsworth di uji dengan pelbagai dugaan. Seperti yang diketahui, pasangan penyanyi dan aktor ini pernah berpisah pada tahun 2013 dan dilaporkan kembali menjalin hubungan dan bertunang pada tahun lalu.

Sejak kebelakangan ini, hubungan dua selebriti ini kerap dilaporkan sudah semakin serius. Terkini, laporan The Sun menyebut, khabarnya Miley dan Liam akan segera mengikrarkan janji suci perkahwinan

Menurut sumber yang rapat denagn pasangan ini, Miley dan Liam memilih untuk berkahwin pada Hari Kemerdekaan Amerika, iaitu pada 4 Julai depan. Mereka memilih Las Vegas sebagai lokasi untuk majlis hari bahagia tersebut.

"Miley suka dengan idea berkahwin di Las Vegas. Sekarang, perancangannya mereka akan berkahwin pada 4 Julai dan hanya mengundang beberapa teman dan keluarga," ungkap sumber yang enggan dikenali identitinya.

Selepas berkahwin nanti, pasangan ini akan menikmati bulan madu di Australia. Pun begitu, sehingga kini belum ada kenyataan rsmi daripada kedua-dua pihak mengenai khabar perkahwinan mereka.

Ini bukan kali pertama Miley dan Liam di sebut-sebut akan berkahwin. Sekitar Disember tahun lalu, pasangan ni di dakwa berkahwin secara rahsia.

Spekualsi tambah heboh apabila keluarga Liam termasuk Chris Hemsworth dikatakan telah menghadiri sebuah acara bersama-bersama keluarga Miley.

ot;1" />
Powered by Blogger.