Berita Terkini
recent

Julia Robert Tak Tahu Malu

Kejelitaan wajahnya serta perwatakan dan imejnya sebagai wanita elegan membuatkan dia menjadi pujaan ramai sehingga kini.

Namun baru-baru ini Julia Robert mengejutkan ramai malah dianggap tidak tahu malu dan selamber menayangkan tubuhnya.

Semuanya gara-gara dia mempamerkan aksi berani apabila beliau tidak memakai apa-apa tetapi hanya menyarungkan blazer berwarna hitam yang hampir tidak meliputi bahagian belakangnya semasa sesi fotografi di Malibu, baru-baru ini.

Bintang filem Eat, Pray, Love ini seolah-olah sengaja menayangkan punggung di depan kru yang berada di set tersebut.

Memetik laporan Daily Mail, menerusi beberapa gambar yang dirakamkan, kelihatan aksi Julia meletakkan tangan ke atas kepalanya sambil tersenyum manakala punggungnya dibiarkan terdedah.

Pelakon filem Mona Lisa Smile itu dilihat sangat seronok sepanjang menjalani sesi fotografi tersebut. Malah dia sempat berbual mesra dengan beberapa anak kapal yang turut berada di situ.

Sejurus usai sesi fotografi, Julia mengenakan baju panas berwarna putih. Kemudian dia terus masuk ke kereta dan meninggalkan set penggambaran.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.