Berita Terkini
recent

Julia Perez meninggal dunia

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez meninggal dunia hari ini.

Berita kematian itu disampaikan adiknya, Nia Anggia menerusi laman instagramnya, lapor BBC Indonesia.

Julia menghidap kanser serviks telah dimasukkan ke hospital di Jakarta sejak Februari lalu kerana keadaannya tidak stabil.

"Innalilahiwainailaihirojiun. Telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua. Terima kasih semua atas supportnya selama ini," tulis Nia di laman instagramnya.

Julia meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas pembedahan. Dia disahkan menghidap kanser serviks pada September 2014. Dia juga pernah menjalani rawatan di Singapura.

Setahun selepas itu, Julia mengumumkan sudah bebas dari kanser.  Namun, tidak lama selepas itu, ada ketumbuhan kecil di bahagian rahimnya dan beberapa bulan selepas itu, kanser kembali menyerang, kali ini merebak dengan begitu cepat.

Julia merupakan artis Indonesia kedua yang meninggal dunia akibat kanser selepas pelakon Yana Zein meninggal dunia pada 1 Jun 2017 akibat kanser payudara.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.