Berita Terkini
recent

J.K Rowling Penulis Terkaya 2017

Majalah Forbes baru-baru ini mengeluarkan senarai 100 selebriti berpendapatan terbesar 2017 dan nama novelis terkenal J.K Rowling dinotakan sebagai penulis terkaya di dunia.





Setelah menyepi selama tiga tahun, nama penulis British berusi 51 tahun ini kembali mencatat nama dalam senarai tersebut dan berada di kedudukan ketiga.

Tahun lalu, penulis siri fantasy Harry Porter ini memperolehi pendapatan sebanyak USD95 juta (kira-kira RM404,989,750) hasil jualan novel 'Harry Potter and the Cursed Child'. Novel yang diadaptasi ke panggung teater itu turut meraih kejayaan besar dan diminati masyarakat.

Selepas dipentaskan di West End London,'Harry Potter and the Cursed Child' kini sedang dipentaskan di broadway Amerika.

Selain itu, Rowling juga meraih pendapatan besar daripada 'Fantastic Beasts and Where to Find Them'. Serta pertunjukkan The Wizarding World of Harry Potter di taman tema Universal Studio juga membantu menambah pendapatannya.

Tahun ini juga merupakan ulangtahun ke 20 tahun bagi penerbitan buku 'Harry Potter and the Philosopher's Stone'.

Memetik laporan pelbagai media antarabangsa, nama J.K Rowling adalah salah satu dari dua warga negara British yang tersenarai di kedudukan Top 10. Satunya lagi ialah Coldplay berada posisi ke-8 dengan pendapatan bernilai USD69.5 juta (kira-kira RM315,465,700).

Selain J.K Rowling, ada nama penulis lain juga tersenarai iaitu James Patterson yang meraih pendapatan berjumlah USD 87 juta (kira-kira RM370,885,350).
Powered by Blogger.