Berita Terkini
recent

Janna Nick Dapat 'Habuan' Selfie Dalam Masjid

GARA-GARA berswafoto selepas mengerjakan solat tarawih, teruk pelakon Janna Nick dikecam oleh pengikutnya di Instagram.

Ada di antara mereka menyifatkan Janna tidak perlu merakamkan gambar kerana ia seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada umum.

Menerusi gambar tersebut, turut kelihatan penerbit Sheila Rusly bersama seorang lagi wanita yang sedang khusyuk berdoa.

Janna juga turut diselar agar melakukan ibadat secara ikhlas dan bukannya dipaparkan kepada umum.

Ada juga komen yang menghentam tindakan Janna yang mempromosikan telekung yang dipakainya dan memintanya berbuat demikian di luar masjid.

"Alahai Janna Nick, dekat dalam masjid pun nak jual telekung ke? Dalam masjid nak beribadah, nanti dah keluar, selfie lah banyak-banyak.

"Kalau boleh berhijablah baru sempurna sebagai wanita Muslimah ye, Jangan marah," tulis seorang netizen.

Bagaimanapun Janna tidak berdiam diri dengan kritikan dan tuduhan dilemparkan terhadapnya sebaliknya memberitahu dia tidak berniat bersikap riak sebaliknya ingin mempromosikan telekung yang dipakainya.

"Tak tunjuk solat witir wak, tunjuk telekung tu. Beli la saya jual, kalau tak tunjuk macam mana nak bisnes, terima kasih," tulisnya.

Janna turut memberitahu tindakan semberono yang menghentamnya turut meninggalkan kesan dihatinya.

"Sikit la sakitkan hati, nak minta maaf ke macam mana? Atau saya kena minta maaf dengan awak sebab selfie dalam masjid? (baca dengan intonasi lembat sebab saya tak marah cuma ajak berbincang)," tulisnya lagi.

Tidak terhenti di situ, Sheila juga turut membalas beberapa komen pengikut Janna yang turut mengheretnya dalam perkara itu.

"Sempurnakan diri awak sebelum mencari ketidaksempurnaan orang lain. Tak suka anak saya (Janna) sila unfollow. Terima kasih. #thinkpositive #staypositive

Walaupun dihentam oleh pengikutnya namun masih ramai peminat Janna yang menyokongnya dan menganggap perkara dibangkitkan sesetangah orang sebagai remeh.

Tidak kurang juga yang memuji kecantikan Janna memakai telekung dan mendoakan agar dia akan terbuka hati untuk terus menutup aurat suatu hari nanti.

"Takpelah Janna Nick sayang, yang penting niat awak tu hanya sekadar berkongsi telekung dan bukannya hendak menunjuk solat, betul tak?

"Semalam tengok posting ini dapat rasa akan ada orang kecam sebab orang Malaysia mana boleh benda-benda macam ni.

Asal dalam masjid je, pakai telekung je, haram selfie! Tak faham betul," kata salah seorang peminatnya lagi.

"Kalau tutup aurat selalukan lawa? Diharap Janna diberi hidayah suatu hari nanti," tulis peminatnya.
Powered by Blogger.