Berita Terkini
recent

Janna Anggap Anak-Anak Sheila Rusly Seperti Adik Beradik

Baru-baru ini penerbit Sheila Rusly berkongsi di Instagram gambar dua anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail bersama Janna Nick berserta kapsyen ‘MyNyawa’.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosial malah mengundang sesetengah pihak yang menganggap Janna bakal dijodohkan dengan salah-seorang anaknya.

Memetik laporan Harian Metro, Janna, bagaimanapu berkata hubungannya dengan keluarga Sheila ibarat sebuah keluarga.

"Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki.

"Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya," kata pelakon berusia 22 tahun itu.

Bagi Janna, apabila anak-anak Sheila meningkat dewasa, mereka buat hal sendiri dan sebagai ibu, Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan kawan yang boleh dibawa bercerita dan berkongsi apa saja.

"Saya memahaminya dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara yang baik untuk mengeratkan silatulrahim antara kami.

"Ia satu anugerah buat saya di mana mereka sayangkan saya yang bukan darah daging mereka seperti saudara sendiri," katanya.

Janna turut menolak dakwaan dirinya serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila kerana Haqimy lebih muda daripadanya dan baru berusia 21 tahun.

"Saya sudah anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak.

"Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang inilah yang boleh saya katakan," katanya.

Dalam pada itu, Janna mengakui dia ikhlas akrab dengan keluarga Sheila dan bukan kerana kepentingan peribadi.
Powered by Blogger.