F "Jangan Tekap dan Copy Bulat-bulat" - Jovian Mandagie | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

"Jangan Tekap dan Copy Bulat-bulat" - Jovian Mandagie

Nama Jovian Mandagie sememangnya tidak asing lagi dalam dunia fesyen tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Malah dengan rekaan bajunya yang terkini, beliau sering menjadi rebutan artis terkenal serta mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai rekaan bajunya yang diciplak.

Laporan MH online menyebut, beberapa orang netizen juga membangkitkan bahawa Instafamous Asyallie meniru rekaan Jovian Mandagie.

Mengenai isu jenama #LisaSurihaniForJovian 2014,Jovian Mangadie turut memuat naik gambar Asyallie menciplak rekaan di instagram miliknya.

"Nasihat saya kepada rakan-rakan pereka dan pemilik perniagaan di luar sana, terdapat beribu-ribu inspirasi untuk anda ambil, dan anda mempunyai kebebasan untuk merujuk kepada sesiapa yang diingini, tetapi perlu meletakkan usaha bagi menambah baik rekaan itu sendiri.Jangan ambik kertas tekap and copy bulat-bulat”

Tambah Jovian lagi dia tidak berniat menjatuhkan perniagaan Asyallie tetapi berharap Asyallie lebih bijak di masa hadapan.

“Jadi semua Jovianistas,terima kasih kerana melaporkan ini kepada saya, tindakan saya hanya ini. Cukuplah, saya tidak mahu menyaman,naik mahkamah, rezeki i banyak lagi di luar sana inshaAllah. Saya tahu anda semua tidak akan membeli jenama tiruan.Love you Jovianista”tambah Jovian yang tidak mahu mengeruhkan keadaan.

..

Ini bukan kali pertama Asyallie didakwa menciplak rekaan orang lain. Sebelum ini Asyallie pernah didakwa menciplak rekaan tudung peta dunia milik Fatheena.

Selain Jovian, terdapat juga beberapa pemilik butik mengalami perihal yang sama. Dakwaan bahawa Asyallie telah mengeluarkan busana Hari Raya yang sama seperti rekaaan Leeyana Rahman yang pernah mempopularkannya sebagai model sebelum ini.

Ada juga membangkitkan rekaan produk Asyallie juga mempunyai persamaan dengan keluar Arared dan juga mempunyai persamaan dengan rekaan keluaran Minaz.

Bagaimanapun, Asyallie turut membuat jawapan balas di instagramnya.Seperti tudung Fatheena sebelum ini,Asyallie telah memuat naik semula status Instagram dari pemilik SyasyaHabib selaku pihak yang berkolaborasi denganya bahawa persamaan rekaan dengan jenama lain ialah kebetulan dan berkaitan masa (timeline),iaitu mereka tidak release awal.

Asyallie juga menambah ada pihak cuba menjatuhkan jenamanya dengan cara menviralkan isu koleksi terbaru mereka meniru jenama-jenama lain.

Powered by Blogger.