F ‘Jangan kutuk Cik B hitam’: Datuk Seri Vida | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

‘Jangan kutuk Cik B hitam’: Datuk Seri Vida

PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman meminta agar orang ramai berhenti mengutuk warna kulit anak perempuannya yang bergelar Cik B.

Beliau  yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menulis di laman Instagram miliknya berserta kapsyen mengenai perkara tersebut.

“#jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil dahulu saya lagi hitam daripada dia. Biarlah dia ‘enjoy’ zaman kecilnya.


“Dia suka main bola tengah panas dengan budak-budak lelaki dan Cik B juga jenis brutal, mujur tak panjat pokok je, saya dahulu siap buat rumah atas pokok jambu,” tulisnya.

Sementara itu, beliau juga turut memuat satu gambar zaman kecil Cik B bagi membuktikan bahawa anaknya itu sebenarnya berkulit putih.

“Perkenalkan Cik B masa kecil dahulu, putih sahaja tetapi sekarang dah hitam sebab main panas, suka main bola dengan kawan-kawan.


“ Dia ini tidak suka nak berhias-hias ni sebab baru sahaja 12 tahun, masih dalam tumbesaran lagi,” tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau turut menyenaraikan keistimewaan satu-satunya anak perempuan itu.

“Walau apapun orang kata, mama tetap sayang Cik B, dia ini bijak orangnya, minat muzik dan edit video.

“Malah, bidang perniagaan pun pandai, dah ada ejen dan stokis sendiri. Lepas ini, Cik B nak berlakon pula, mesti gempak,” tulisnya lagi.

Powered by Blogger.