Berita Terkini
recent

"Jangan Jahat Sangat Bah" - Pesan Suami Pada Zizie

Aktres Zizie Ezzatte mendedahkan suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin terkejut dengan lakonannya sebagai Puan Sri Mawar dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC).

Memetik laporan Utusan online, Zizie berkata suaminya itu seperti tidak percaya kenapa dia boleh menjadi ‘sejahat’ itu dalam drama arahan Michael Ang dan Hadith Omar yang kini ditayangkan di Astro.

Suami Zizie yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sering mempersoalkan isterinya kenapa Puan Sri Mawar harus menjadi kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Setiap hari saya akan menghantar mesej pada suami bercerita mengenai penggambaran drama ini dan setiap hari jugalah dia akan cakap “jangan jahat sangat bah”. Rupa-rupanya suami saya sendiri terkejut dengan lakonan saya.

"Apa-apapun dia adalah suami yang sangat penyayang dan selalu memberi sokongan tidak berbelah bagi pada saya," katanya

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini berkata dia bersyukur kerana karakternya itu mendapat perhatian meluas daripada peminat-peminat setia drama Melayu.

"Saya sendiri terkejut apabila karakter Puan Sri Mawar dalam drama HSC menjadi perhatian. Apa pun saya bersyukur kerana keputusan saya untuk menerima tawaran daripada Michael Ang untuk berlakon drama ini sangat tepat.

"Bayangkan selepas lapan tahun tak berlakon, tiba-tiba dapat karakter Puan Sri Mawar. Saya gembira kerana dapat menghayati watak itu seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah,” ujarnya.

Biarpun lakonan dalam HSC menjadi fenomena, Zizie bagaimanapun mengumumkan, dia akan berhenti berlakon untuk tempoh antara dua hingga tahun selepas berakhirnya drama popular itu.
Powered by Blogger.