Berita Terkini
recent

J. Lawrence Panik! Jet Peribadi Mendarat Cemas

Baru-baru ini jet peribadi milik Jennifer Lawrence dilaporkan terpaksa mendarat kecemasan disebabkan mengalami kerosakan di bahagian enjin.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, bintang filem X-Men: Apocalypse ini dalam penerbangan dari Louisville, Kentucky.

Tiba-tiba, jet peribadinya mengalami kerosakan pada salah satu enjin menyebabkan pesawat tersebut terpaksa mendarat di Buffolo, New York.

Situasi tambah cemas, ketika juruterbang bersiap sedia untuk melakukan pendaratan, satu lagi enjin pula tiba-tiba rosak. Hal itu menjadikan aktres berusia 26 tahun itu semakin panik.

"Jennifer sangat ketakutan. Tapi dia berjaya mengawal perasaannya. Ketika itu, dia berfikir yang dia akan mati.

"Dia tidak percaya juruterbang berjaya menyelesaikan masalah kerosakan enjin tersebut," ujar sumber seperti yang dilaporkan Aceshowbiz.

Jennifer serta kru lain kru lain disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Jennifer Lawrence pastinya sangat terkejut. Tetapi dia tidak mengalami trauma. Dia masih merasakan perjalanan darat lebih bahaya dari perjalanan udara," tutur sumber.

Jet tersebut kemudiannya meneruskan penerbangan menuju ke lapangan terbang Teterboro, New Jersey.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.