Berita Terkini
recent

Izara Aishah Kini Bergelar Tauke Kosmetik

Setelah lebih lima bergelar pelakon, kini Izara Aishah, 25, mengorak langkah sebagai usahawan kosmetik apabila tampil dengan produk kecantikan diberi nama Madame Izara.

Memetik laporan Utusan online, sebagai langkah pertama, Izara mengeluarkan gincu dalam tiga pilihan warna menarik hanya dengan harga RM88.

"Saya ambil masa kira-kira dua tahun untuk keluarkan gincu ini sebab saya mementingkan kualiti.

"Tambahan pula, ini bukan produk 'rebranding', ambil gincu yang dah siap, tampal jenama saya. Tetapi adunannya saya hasilkan sendiri.

Teksturnya berbeza berbanding gincu lain di pasaran dan telah dipatenkan di bawah jenama Madame Izara. Eksklusif!" katanya.

Peminat yang ingin membeli gincu keluarannya boleh layari laman web www.madameizara.com atau di semua cawangan butik Aidi Juma.

Mengenai perkembangan lakonan, Izara bakal muncul menerusi drama terbaharu di slot Akasia berjudul Dia yang dijangka bersiaran pada November nanti.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.