F Isu Video Mati Pucuk: "Sensitif Sampai Tak Boleh Jentik" - Zara Zya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Isu Video Mati Pucuk: "Sensitif Sampai Tak Boleh Jentik" - Zara Zya

"Saya tidak marah atau bengang dengan kritikan tersebut tapi saya sedih kerana ada kalangan kita yang sensitif sampai tak boleh jentik langsung.

"Padahal kita hendak berkongsi informasi serta memberi kesedaran kepada masyarakat dan bukannya saya mengutuk," bidas pelakon Zara Zya

Zara ketika ditemui berkata demikian sekaligus mengulas mengenai sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakannya berkongsi mengenai topik mati pucuk menerusi sebuah video yang tersebar di internet.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen. Sebilangannya mempersoalkan tindakan pelakon drama My Sweet Lavender itu mengapa dia perlu bercakap mengenai topik seumpama itu sedangkan dia seorang wanita.

Jelas Zara, sebenarnya dia hanya menjalankan tugas menjayakan iklan kempen kesihatan anjuran sebuah badan kerajaan. Pada awalnya dia tidak tahu yang dia perlu bercakap tentang topik tersebut. Sehinggalah pada hari rakaman, dia diminta menguar-uarkan informasi dan fakta tentang permasalahan kesihatan lelaki berkaitan perihal penyakit berkenaan.

"Ini lah mentaliti orang kita. Ada yang positif dan ada yang negatif. Sebenarnya saya dibayar untuk IG review sebuah iklan kempen kesihatan.

"Ketika saya terima tawaran tersebut, saya memang tidak tahu yang saya kena bercakap tentang topik itu sehinggalah hari rakaman baru saya diberikan skrip. Jadi saya hanya jalankan tugas saya. Itu adalah pesanan daripada orang lain untuk saya sampaikan kepada orang ramai," tuturnya.

Dalam pada itu Zara berkata dia tidak menyesal menerima tawaran menjayakan kempen tersebut sebaliknya dia gembira kerana ada sesetengah pihak yang memberi respon positif bahkan ada juga bertanyakan dan menunjukkan minat ingin mengetahui lebih lanjut tentang topik tersebut.

"Saya tidak menyesal. Sebaliknya saya rasa gembira dapat berkongsi dan sama-sama memberi kesedaran kepada masyarakat.

"Apa yang saya baca itu adalah statistik dan purata dan info itu memang fakta. Ada yang memuji saya malah ada juga yang bertanya dan mahu mengetahui lebih lanjut tentang topik berkenaan. Saya seronok dapat berkongsikan mesej berguna kepada orang ramai," tuturnya.
ot;1" />
Powered by Blogger.