F Isu Qatar: Israel yang dapat kelebihannya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Isu Qatar: Israel yang dapat kelebihannya

Pemuda Pas mengambil serius isu yang melanda Qatar dan negara teluk yang sedang berlaku kini.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Abdul Hadi berkata, episod yang berlaku ini natijahnya ialah perpecahan umat Islam dan mengukuhkan penguasaan Israel ke atas bumi Palestin.

“Perancangan untuk memecah-belahkan dunia Islam bukan satu rahsia lagi setelah kejayaan kuasa barat berpaksikan zionis-freemason ketika perang dunia pertama dan kedua menyaksikan dunia Islam berpecah kepada berpuluh-puluh buah negara hingga wujudnya negara haram Israel.


“Fasa kedua pula untuk mengukuhkan kedudukan Israel dan mengekang negara-negara yang menyokong perjuangan umat Islam untuk membebaskan palestin,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, lima buah negara,  Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Qatar selepas mendakwa negara itu menyokong keganasan.

Ia kemudian diikuti dengan Maldives yang turut membuat keputusan sama.

Memetik laporan media asing, tindakan drastik oleh Arab Saudi, Mesir dan UAE itu turut disertai dengan pemberhentian pengangkutan, termasuk penerbangan dengan Qatar dan memberi tempoh dua minggu kepada rakyat Qatar untuk pulang.

Sementara itu, Muhammad Khalil berkata, tindakan yang dikenakan ke atas Qatar ini disusuli dengan pendedahan yang mengaitkan hubungan UAE  dengan gerakan zionis-freemason.

“Sekumpulan penggodam dari Rusia berjaya memintas e-mel dari Yousef Al-Otaiba, duta UAE ke AS yang mengandungi hubungan intim beliau dengan badan pemikir yang mendokong Zionis-Freemason, Foundation for Defense of Democracies (FDD).

“Pendedahan sebanyak 55 muka surat ini antara lain menyebut penglibatan UAE terhadap cubaan rampasan kuasa di Turki.

“Pendedahan ini membuktikan pelakon-pelakon sebenar di sebalik wayang-wayang yang sedang dimainkan melibatkan rampasan kuasa di Mesir dan Turki, Al-Qaeda dan ISIS,  serangan ke atas gerakan Islam sederhana dan wayang-wayang lain yang sedang dan akan dilakarkan,”katanya.

Tambahnya lagi, walaupun Qatar sebuah negara kecil namun licik dalam berpolitik dan babak yang berlaku ini memberikan mereka dua pilihan.

“Sama ada mengikut kehendak pendesaknya atau berdepan dengan ‘rampasan’ kuasa secara bersistematik hinggakan ada penganalisa politik tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa secara kekerasan dikenakan ke atas Qatar bagi mencabut duri dalam daging ini.

“Hari ini Emir Qatar, Syeikh Tamim bin Hamd Al-Thani mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait yang dilihat oleh penganalisa sebagai usaha untuk memulihkan hubungan dengan Saudi Arabia dan UAE,” tambahnya.
ot;1" />
Powered by Blogger.