F Isteri Hamil, Hafiz Suip Muntah-Muntah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Isteri Hamil, Hafiz Suip Muntah-Muntah

Tahniah diucapkan buat kedua pasangan sejoli Hafiz suip dan pasangannya Effy kerana bakal bergelar ayah dan ibu tidak lama lagi.

Berita ini telah dikongsikan oleh Hafiz sendiri melalui sebuah video berdurasi 60 saat yang memaparkan isterinya sedang menjalani pemeriksaan kandungan.

“Memang rasa sangat teruja apabila dapat tahu isteri mengandung pada beberapa minggu lalu. Kini usia kandungannya sudah memasuki fasa pertama. Saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua peminat sebab itu saya memuat naik video tersebut di laman sosial biarpun kandungan masih awal,” ujarnya.

Effey telah disahkan hamil 11 minggu dikatakan mempunyai alahan sama seperti ibu mengandung yang lain. Cuma bezanya Hafiz terkena alahan yang teruk dan kuat muntah sama seperti isterinya.
Namun alahan tersebut telah berkurangan dan kesihatan Effey juga semakin baik.

“Alhamdulillah, alahan yang dialami Nureffy semakin hari semakin baik. Biasalah, pembawaan ibu mengandung yang sentiasa rasa mual. Malah, saya mengalami alahan dan muntah-muntah seperti dia. Sekarang saya perlu fikir tentang keadaan kesihatan dan menjaga makan minum isteri dengan baik,” jelasnya lagi.

Berkongsi detik gembira di sosial media, Hafiz kedengaran sangat teruja dan gembira apabila melihat imbasan anaknya yang semakin membentuk dan mendengar degupan jantung anak yang sihat.
InsyaALLAH bayi sulung mereka dijangka lahir pada penghujung tahun ini.

Powered by Blogger.