Berita Terkini
recent

Issey Belum Mahu Cari Pengganti

Selepas bercerai tahun lalu, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Issey mengakui buat masa ini dia belum terfikir untuk mencari pengganti.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, 30, ini berkata kesibukan kerjaya membuatkan dia lupa seketika soal pasangan hidup.

Malah, Issey yang juga pengacara program Mentor Milenia tidak berasa sunyi meski kini hidup bersendirian.

"Ini tahun kedua saya berpuasa dan bakal menyambut Aidilfitri tanpa isteri. Jika tahun lalu kami dalam proses perceraian, alhamdulillah untuk tahun ini saya berasa lebih tenang. Kesibukan kerjaya membuatkan saya lupa semua masalah lalu.

"Kalau nak kata sunyi, tak juga sebab mak tinggal bersama saya. Sekurang-kurangnya, dia ada menemani saya di rumah. Sedikit sebanyak terubat juga luka di hati. Pada masa sama, mak banyak memberi sokongan dan semangat.

"Soal pengganti, nanti dulu. Kalau nak cari pun bukan sekarang. Biarlah tahun ini saya fokus kepada kerjaya,” katanya.

Bagaimanapun, Issey menyasarkan untuk mencari pasangan baru tahun depan atau dua tahun lagi.

"Buat masa sekarang saya tak berkawan dengan sesiapa. Malah, rakan pun tak ada yang cuba memadankan saya dengan mana-mana wanita. Apa boleh dikatakan, saya selesa hidup solo.

"Saya nak beri peluang dan masa kepada diri sendiri dulu. Kalau saya berkahwin dalam keadaan sibuk, tak menarik juga. Jadi mungkin tahun depan atau dua tahun lagi baru boleh fikir soal pasangan,” katanya.

Sementara itu Issey bakal muncul menerusi program Syawal terbitan TV3 dan TV9. Antaranya, program Perang Bibir Raya, JKK Raya dan Mentor Milenia Raya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.