Berita Terkini
recent

“I’m Not A Journalist Nor A Politician” – Fathia Latiff

Wah, memang beruntug Fathia Latiff dapat peluang keemasan menemuramah bekas pedana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Siapa sangka, daripada seorang pelakon kini dia diberi peluang mengacara dan berbincang topik terkini bersama orang yang paling disegani di Malaysia.

Namun, sejak video tersebut bersiaran secara live di facebook Dr. Mahathir bin Mohamad 8 jam yang lalu, rata-rata memberi komen negatif terhadapnya.

Ada yang berkata soalan-soalan yang Fathia ajukan itu semuanya terlalu remeh dan berfikiran ada topik lain yang lebih hangat untuk diperkatakan seolah dia langsung tidak mengikut perkembangan semasa.

Antara topik yang dibualkan adalah berkenaanbangunan KLCC, lambang kemegahan Malaysia, Mengapa Tun masih memperjuangkan hal politik, dan lain-lain

Selepas menonton video berdurasi 45minit, ada sesetengah yang mempertikaikan bagaimana seorang bekas graduan lulusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh tanya soalan yang tidak berkualiti.

Malah, ada juga berkata sinis melihat reaksi Tun bila diajukan soalan-soalan dari Fathia. Dalam masa yang sama ramai juga memuji Tun kerana tetap tersenyum dan tenang menjawab segala persoalan.
Menyedari dirinya teruk dihentam oleh netizen ketika bersiaran langsung, Fathia mengeluarkan kenyataan di Instagramnya…


“im not trying to be smart, but I genuinely wanted to ask questions which I think people wants to know and things that I honestly do not know. It’s just a casual and informal chat/ interview.im not a journalist nor a politician. I’m representing the voice of youth out there and am sorry if my questions x satisfy ur needs. Nevertheless, im happy to be chosen as a moderator of Tun Mahathir. Thank you for the opportunity. Bagi saya, soalan yang datang darihati tak semestinya kena ‘research’ dulu”
Tetapi apa sahaja kata netizen bagi kami Fathia telah lakukan yang terbaik. Ada benar katanya, mungkin kerana konsep perbualan ini santai dansekadar borak berinfomasi jadi tidak perlu terlalu serius.

Apa pon kami puji keberanian Fathia dan bangga melihat cara dia mengawal keadaan. Nampak bersahaja dan tidak terlalu kekok.
Good job Fathia!

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.