F Hyorin Penyebab Sistar Terpaksa Bubar? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Hyorin Penyebab Sistar Terpaksa Bubar?

Mahu tidak mahu, semua peminat muzik Korea terutama peminat tegar Sistar harus menerima dengan hati terbuka akan keputusan kumpulan yang digelar 'Queen of Summer' ini mengakhiri karier mereka sebagai sebuah kumpulan mereka sejak 31 Mei lalu selepas tujuh tahun memacu karier bersama-sama di arena muzik.

Meskipun ramai peminat mahupun teman selebriti lain terkejut dan sedih dengan berita tersebut, namun keputusan Hyorin, Bora, Soyou, dan Dasom mahu membawa haluan masing-masing muktamad.

Pun begitu, disebalik pembubaran kumpulan yang cukup popular dengan lagu seperti Alone, Shake It dan I Like That ini, ada satu alsana yang menjadi punca sebenar.

Memetik laporan Segye Ilbo, Sistar terikat dengan peraturan yang mana mengharuskan mereka bubar jika salah seorang anggotanya ingin meninggalkan kumpulan dan begerak secara solo.

Menurut sumber daripada pihak pengurusan Starship Entertainment, salah seorang anggotanya iaitu Hyorin yang sebenarnya pada awal lagi menyatakan ingin keluar daripada Sistar.

"Sekarang atau nanti, keputusan Hyolyn akan tetap sama walaupun Sistar masih akan menjadi sebuah kumpulan dalam beberapa tahun ke depan. Saya rasa itulah yang pada akhirnya membuat Hyolyn memberanikan diri untuk membubarkan Sistar," dedah sumber.

Akhirnya, tiga lagi ahli lain lainnya sepakat untuk sama-sama mengambil jalan berpisah. Selepas bubar, Hyorin, Bora dan Soyu merancang untuk meneruskan karier secara solo manakala Dasom memilih untuk serius dalam dunia lakonan.

Sementara itu, single terakhir mereka bertajuk 'Lonely' mencatat lebih 3 juta tontonan selepas dua hari dimuat naik di YouTube selain menduduki tanga teratas carta-carta muzik di Korea.
ot;1" />
Powered by Blogger.