Berita Terkini
recent

‘Hubungan Dengan Suami Baik Sahaja’ – Adira

Minggu lalu tular di laman media sosial apabila tersebarnya screenshot perbualan suami kepada penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke-8, Adira Suhaimi.

Rentetan daripada perkara yang telah tersebar itu, Adira reda dengan segala apa yang sudah berlaku.
Walau dirinya reda dengan perkara tersebut namun jauh di sudut hatinya dia turut terkesan dengan kata-kata dan kritikan pedas daripada netizen yang dilemparkan kepadanya.

Adira tidak menyalahkan suaminya tentang perkara ini dan dia tenang untuk menghadapi dugaan ini.

“Apabila kejadian seperti itu berlaku, kesannya adalah kepada saya. Orang akan kata padan muka dan gelak kepada saya. Saya bukan nak salahkan suami. Bukan saya tidak percaya, saya percaya dia boleh jaga diri,cuma apabila berlaku begini, nama saya yang dikaitkan sama,” terang Adira.

Katanya lagi, dia berasa sedikit terkilan dengan kata-kata negatif itu seolah-olah dirinya terlalu jahat.
“Apa yang negatif semua pergi kepada saya, itu yang buat saya sedikit terkilan. Memang tidak mati kalau kena kata-kata negatif sebegitu, tetapi saya masih ada keluarga dan masih ada mak. Apabila mereka kata bukan-bukan, seolah-olah saya ini jahat sangat,” jelasnya.

Menurut Adira lagi, hubungannya bersama suami baik-baik sahaja dan semuanya berjalan seperti biasa.

Tidak lama lagi bulan Ramadan akan berlalu pergi dan Syawal pula menjelma, Adira mengatakan bahawa dia akan pulang beraya di kampung halamannya yang terletak di Ranau, Sabah bersama anaknya dan suaminya pula akan beraya bersama isteri pertama dan anak-anak mereka

Seeloknya kita sebagai orang luar tidak perlu mencampuri urusan rumah tangga orang lain dan seharusnya kita mendoakan agar hubungan rumah tangga mereka baik-baik sahaja dan bahagia hingga ke jannah.

Semoga hubungan rumah tangga Adira dan suami berkekalan dan bahagia disamping anak sebagai penambah seri dalam keluarga mereka.
Powered by Blogger.