Berita Terkini
recent

HongKi (FT Island) Menderita Akibat Cyst di Tekak

Kumpulan Rock, FT Island, baru-baru ini mengadakan showcase secara live menerusi aplikasi Naver sempena menyambut ulang tahun ke-10 mereka dalam persada muzik.

Pada konsert mini tersebut, FT Island memberitahu mereka sedang dalam proses menyiapkan album terbaharu.

"Kami dalam proses perbincangan mengenai pilihan muzik kali ini. Kami benar-benar berusaha untuk menghasilkan karya yang terbaik."

Vokalis Lee Hongki kemudian berkata,

"Secara jujur saya ingin beritahu bahwa kondisi saya kurang baik kerana ada cyst di tekak saya. Keadaan tekak saya tidak benar-benar baik buat masa ini. Kami baru saja memulakan promosi dan perkara ini tentu menjadi isu. Saya sangat risau. Saya berharap dapat pulih cepat, "tuturnya sekaligus perhatian peminat.

Penyanyi dan pelakon berusia 27 tahun itu juga tidak dapat menyembunyikan kerisauannya terutama mengenai pilihan lagu untuk persembahan secara live.

"Masalahnya sekarang, saya sedang cuba untuk menyanyikan semua ini dengan key yang tinggi."

Mendengar kata-kata Hongki, ahli-ahli lain kemudianya spontan berkata mereka menyokong beliau walaupun dalam keadaan apa sekalipun

"Jangan bimbang, kami tetap ada di belakang kamu."

..

Selain Hongki, band yang popular dengan lagu seperti Love Sick, Hello Hello dan Severely ini dianggotai oleh, Choi Jong Hoon (gitar,keyboard), Lee Jae Jin (bass) Song Seung Hyun (guitar,rapper) dan Choi Min Hwan (drum).
Powered by Blogger.