Berita Terkini
recent

Hisyam Hamid Pesan Pada Isteri Jangan Membazir

Sudah menjadi kemestian kepada setiap muslim dan muslimat yang bakal menyambut hari raya untuk membeli belah bagi menyambut kedatangan Syawal tanda kemenangan setelah berpuasam selama sebulan di bulan Ramadan.

Kadang-kadang dalam keterujaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang, kita terlupa untuk berjimat cermat dan membeli tanpa memikirkan keperluan sebaliknya membeli dengan kemahuan.

Bagi pelakon tampan, Hisyam Hamid pula satu perkara yang amat dititikberatkan oleh Hisyam setiap kali raya ialah berjimat cermat. Dan elakkan pembaziran.

“Setiap kali raya memang saya tidak pernah letak berapa bajet. Cuma saya tak suka membazir dan selalu pesan pada isteri hanya beli apa yang perlu sahaja. Apa sahaja yang masih boleh digunakan, gunakan dulu.

“Soal perabot, langsir dan sebagainya, selagi barang itu masih baik dan boleh digunakan, ia akan digunakan. Jadi tidaklah setiap tahun akan tukar langsir dan perabot baru. Kalau rasa perlu baru saya akan beli,” kongsi Hisyam.

Bercerita pula tentang nostalgia lebaran, Hisyam pastinya merindui momen bersalaman dengan beberapa orang tersayang.

“Bagi saya saat bermaaf-maafan dengan orang tua, datuk dan nenek adalah detik yang istimewa. Selain itu, saat berkumpul bersama keluarga pada malam raya cukup memberikan nostalgia dalam diri saya,” ujarnya.

Hisyam memberitahu bahawa, malam raya merupakan waktu untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah sambil membuat persiapan raya.

“Pada malam raya sehingga pagi raya, itu adalah ‘family time’ yang mana kita akan luangkan masa bersama di rumah. Membuat persiapan, mengemas rumah sambil menonton TV dan banyak lagi.

“Kalau dulu sebagai anggota bomba, ada beberapa kali saya terpaksa bekerja pada malam raya, jadi boleh dikatakan tak banyaklah pengalaman malam raya bersama keluarga. Tapi kalau berpeluang itulah perkara yang akan dilakukan,” ujarnya lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.