Berita Terkini
recent

Heechul Akui Karier Selebriti Korea Hancur Gara-gara Media Sosial

Tidak di nafi, media sosial masa kini merupakan salah satu platform penting bagi sebahagian besar masyarakat sedunia. Tidak hanya orang biasa malah para selebriti juga rata-rata senang menggunakan media sosial untuk berkongsi aktiviti dan perkembangan mereka sehari-hari.

Namun, sejak adanya media sosial, para selebriti cenderung menjadi perhatian lebih bagi para netizen. Tidak hanya berkongsi aktiviti tertentu, 'luahan' para selebriti ada ketikanya menjadi tanda tanya para pengikut di media sosial.

Ketika tampil dalam program "Pot Stand" baru-baru ini, penyanyi dan pengacara, Kim Heechul ditanya tentang sama ada dia berminat untuk menerbitkan sebuah buku, pada masa akan datang.

"Saya tidak suka buku juga bukanlah seorang yang gemar baca baca.

"Tapi saya rasa kalau lah saya berpeluang menghasilkan buku sendiri, saya akan menulis tentang topik girlgroup yang saya suka," katanya.

Terlanjur menyebut mengenai girlgroup, Heechul dalam pada itu menasihati para idol (gelaran bagi artis di Korea) agar berhati-hati terutama di media sosial.

"Girlgroup juga harus hati-hati ketika mereka berkata-kata. Banyak karier selebriti hancur kerana pengaruh media sosial," tutur anggota kumpulan Super Junior ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.