Berita Terkini
recent

Hans Isaac Tunda Kahwin

Pelakon dan produser filem Datuk Hans Isaac (gambar) terpaksa menunda majlis perkahwinan dengan Gabrielle Robinson, 28, yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini.

Hans, 46, berkata, penundaan tersebut disebabkan bakal bapa mertuanya tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

"Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria.

"Kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic. Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh yang ada.
"Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga," ujarnya .

Hans ditemui pada majlis tayangan program raya Astro yang diadakan di hotel Majestic, malam Jumaat.
Dalam pada itu, Hans berkata, persiapan untuk majlis berkenaan hampir siap sepenuhnya.

"Semua hampir siap dan ia boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah kerana ini merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya.

"Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja," ujarnya.

Tambahnya, dia juga tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk majlis bahagia berkenaan.


Powered by Blogger.