Berita Terkini
recent

Hang Lari Aku… Balun

Menyaksikan sendiri bapa mati ditembak, pulang semula ke kampung halaman selepas 17 tahun untuk mencari kebenaran tentang pembunuh sebenar bapanya, itu merupakan antara intipati utama yang ditampilkan dalam filem aksi berjudul Balun.

Bakal ditayangkan pada 17 Ogos 2017 di pawagam seluruh negara, filem terbitan Elements Pictures Sdn. Bhd. ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti

Filem Balun mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.

Setibanya Hassan di pekan Kamunting, Hassan terlibat dengan dua insiden iaitu yang pertama dengan kumpulan gangster yang dikejar polis dan keduanya diekori oleh kumpulan penyamun kampung yang berjaya ditumpaskan oleh Hassan semasa mereka dalam cubaan merompak kedai serbaneka di sebuah stesen pam minyak.

Dalam adegan kejar mengejar itu, membawa Hassan ke kampung halamannya yang telah ditinggalkan hampir 17 tahun sehingga memaksa Hassan memandu masuk ke kawasan rumah Tok Penghulu dan hampir terlanggar Nur Ain (Izara Aishah) yang sedang duduk di bangku bersama Munirah.

Bertindak atas kejadian itu, sekumpulan pesilat kampung yang diketuai oleh Uwais (Saiful Zelwany) yang sedang berlatih di halaman rumah Tok Penghulu meluru menyerang Hassan, tetapi dihalang oleh Tok Penghulu (Namron). Melihat akan wajah Tok Penghulu membuatkan Hassan begitu pasti bahawa dia telah sampai ke kampungnya, namun Nur Ain masih tidak berpuashati terhadap Hassan walaupun permohonan maaf telah dibuat kerana Hassan hampir melanggarnya.

Kepulangan Hassan ke kampung tidak disenangi oleh Orang Kaya Tuan Seman yang sememangnya berniat membunuh Hassan dan ayahnya 17 tahun lalu dengan niat mengambil kesempatan menukar nama pemilik tanah yang dimiliki oleh ayah Hassan ketika menyandarkan tanahnya seluas 13 ekar untuk membuat pinjaman wang tunai dari Orang Kaya Seman.

Tanah seluas 13 ekar itu diingini oleh Orang Kaya Seman kerana telah diketahui olehnya mempunyai Emas. Shaid Blond (Datuk Eizlan Yusof) yang merupakan ketua kumpulan gangster yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian ayah Hassan.

..

Pengarah filem Balun, Bob Singah dalam satu kenyataan memberitahu bahawa dia bersyukur apabila filem pertama arahannya itu akhirnya akan menemui penonton di pawagam pada 17 Ogos 2017 nanti.

“Sebenarnya, ini merupakan filem pertama arahan saya dan ia sudah tersimpan agak lama memandangkan filem ini sudah menjalani penggambaran sejak tahun 2012 dan keseluruhan lokasi penggambaran dilakukan di Taiping, Perak.

“Saya memilih genre aksi sebagai filem sulung saya ini kerana percaya bahawa genre sebegini cukup digemari oleh penonton-penonton di Malaysia, termasuklah saya sebagai pengarah,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang menantikan filem ini ditayangkan di pawagam selama lima tahun, Bob memberitahu pemergian dua insan yang paling rapat dengan dirinya merupakan cabaran terbesar.

“Pada mulanya penerbit asal filem ini iaitu Mohamad Zulkifli Mustafa meninggal dunia dan diikuti pula dengan arwah ayah saya, Datuk Aziz Singah yang menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2016 dan ia memberi kesan kepada saya,” jelasnya.

Berkenaan dengan pemilihan barisan pelakon untuk membintangi filem Balun ini, ternyata Bob mempunyai alasan tersendiri dan begitu yakin dengan kebolehan pelakon-pelakon yang dipilih untuk membintangi filemnya itu.

“Sebelum ini, saya sudah mengenali Beto Kusyairy ketika pembikinan filem Bilut dan pada masa itu, dia merupakan stuntman untuk filem tersebut.

“Pemilihan Izara Aishah pula dibuat kerana setahu saya dia mempunyai ilmu asas dalam seni mempertahankan diri, manakala pemilihan Reen Rahim pula kerana ketika itu dia merupakan antara pelakon wanita yang sedang meningkat naik,” jelasnya.

..

Biarpun terpaksa menunggu selama lima tahun, Bob meletakkan harapan yang tinggi agar filem pertama arahannya itu mendapat sambutan daripada penonton, terutama buat mereka yang gemar dengan filem-filem aksi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.