Berita Terkini
recent

Hafiz Teruja Isteri Hamil 11 Minggu

Penyanyi Hafiz Suip berkongsi berita gembira isteri tercinta, Nureffy Jasreel Abdullah, kini hamil 11 minggu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh ini memuat naik rakaman video isterinya sedang melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

..

"Saya hanya mampu memanjat kesyukuran dan berita ini hadir di bulan mulia.

"Saya teruja saat mendengar denyutan anak ketika isteri saya melakukan imbasan ultrasound. Biarpun masih terlalu awal usia kandungannya, saya tak sabar berkongsi hal ini kepada semua," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Hafiz turut menyatakan dirinya merasa pelik kerana sering mual dan muntah berbanding isteri.

"Saya jadi kelakar apabila kerap muntah. Isteri tak muntah, saya pula yang lebih-lebih.

"Selain mual, saya rasa sakit pada hujung hati. Tetapi, alhamdulillah ibadat puasa tetap diteruskan," katanya.

Hafiz dan Nureffy Jasreel bernikah pada 14 Mei tahun lalu.
Powered by Blogger.