Berita Terkini
recent

Goo Jae Yi Mabuk Ketika Ditahan Polis

PELAKON dan model Goo Jae Yi ditahan polis gara-gara memandu dalam keadaan mabuk pada 15 Jun lalu.

Menurut laporan balai polis Seoul dan agensi Goo Jae Yi, pelakon berusia 31 ini ditahan di jalan raya berdekatan jambatan Hannam pada pukul 11.40 malam.

Dalam pada itu, ujian darah Goo Jae Yi didapati mengandungi arak sebanyak 0.051 peratus yang menyebabkan lesen kenderaannya ditarik semula.

Sumber dari agensinya memberitahu: "Kami masih menunggu keputusan daripada polis mengenai perkara ini dan akan bekerjasama dengan terbaik.

"Goo Jae Yi juga menyesali dan mengakui kesilapannya. Kami memohan maaf kerana menyebabkan ramai pihak terlibat dan akan bertanggungjawab atas semua ini serta tidak akan mengulangi lagi."
Perkembangan terkini Goo Jae Yi muncul dalam program kecantikan Follow Me 8. Namun,
disebabkan kesalahan ini berlaku, perbincangan sedang dilakukan samaada dia akan diberhentikan daripada program tersebut.


Powered by Blogger.