Berita Terkini
recent

Giler Bermekap

Aktres Drew Barrymore mengaku dia tidak memiliki banyak masa berada di meja solek untuk menatarias wajahnya seperti wanita lain.

Sebaliknya dia akan bersolek di mana sahaja apabila dirasakan perlu dengan pantas.

Drew, 41, yang juga pengasas jenama kosmetik Flower sejak 2012 berkata, dia tidak mahu mengikut aturan kuno kononya bermekap seharusnya berada di depan meja solek semata-mata.

"Perkara itu seakan-akan sudah tidak relevan. Jujurnya saya seorang yang ringkas dan akan bersiap tanpa mengira tempat," katanya seperti dilapor kepada Female First.

Dalam pada itu, ditanya apakah fokus mekap yang menjadi kegemarannya, "highlighter", jawab Drew ringkas.

Alasannya, highlighter akan memberi ilusi segar dan kesan lebih hidup terutama di bahagian mata.

"Selain itu, saya juga mementingkan pelembab untuk wajah agar lebih bermaya. Tak perlu mekap yang tebal cukup sekadar maskara yang boleh menampakkan impak glamor," katanya.

Selain memiliki empayar kosmetik, wanita berambut perang ini juga mempunyai perniagaan aksesori.

Terbaru, khabarnya Drew akan melancarkan pula koleksi pakaian dalam waktu terdekat ini.
Powered by Blogger.