F Gembira Status Solo, Issey Titan Tenang Sambut Ramadan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Gembira Status Solo, Issey Titan Tenang Sambut Ramadan

Pelakon, pengacara dan juga penyampai radio, Issey Titan mengakui sambutan Ramadannya kali ini agak berbeza dengan tahun lalu, malah bulan yang mulia ini diraikan dengan perasaan yang cukup tenang sekali.

Biarpun pada tahun ini dia hanya berseorangan selepas berpisah dengan bekas isteri sekitar Ogos tahun lalu, Issey menyifatkan dia bahagia dengan kehidupannya hari ini.

“Tahun lalu hidup saya sangat kelam kabut dan serabut dengan segala permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga, namun Ramadan kali ini dilalui dengan situasi yang cukup berbeza apabila segalanya telah selesai.

“Walaupun saya kembali berpuasa dan beraya secara solo pada tahun ini, namun ia lebih menggembirakan berbanding apa yang saya lalui pada tahu lalu.

“Malah saya dapat mengatur jadual kerja dengan cukup baik di mana sepanjang Ramadan ini saya hanya terlibat dengan tugasan di radio sahaja, sementara penglibatan saya dalam program-program sempena hari raya telah diselesaikan lebih awal,” katanya.

Sempena sambutan Aidilfitri nanti, Issey bakal muncul dalam beberapa program TV, antaranya sitkom JKK Raya, Perang Bibir Raya, Mentor Milenia Raya dan juga telefilem Restu Ramadan.

Lebih menyeronokkan lagi, kata Issey, sepanjang Ramadan tahun ini dia dapat menggunakan masa yang ada itu untuk menjaga dan menemani ibunya yang baru sahaja tinggal bersamanya di ibu kota semenjak hampir dua bulan yang lalu.

“Ibu saya dalam keadaan uzur kerana menghidapi penyakit diabetis yang kronik, jadi semenjak dua bulan yang lalu saya membawanya untuk tinggal bersama saya di sini.

“Jadi apabila dia ada di depan mata, tidaklah saya risau memikirkan keadaaannya keseorangan di kampung dan dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya kepada kerja.

“Semenjak ibu tinggala bersama, saya lebih banyak meluangkan masa di rumah dan semestinya berbuka puasa bersama ibu menjadi pilihan saya sepanjang Ramadan ini,” jelas Issey yang juga sibuk menguruskan perniagaan Baju Melayu miliknya di bawah label JMT sepanjang Ramadan ini.

Menyentuh tentang status dirinya yang kini bergelar duda, kata Issey, dia belum bersedia untuk mencari calon pengganti buat masa terdekat ini, sebaliknya lebih selesa memberikan tumpuan kepada kerjaya buat masa ini.

“Selepas mengalami kegagalan dalam rumah tangga tahun lalu, jujurnya saya belum lagi terfikir untuk mencari pengganti dalam masa yang terdekat.

“Apa pun, saya berserah kepada jodoh dan tidak merancang apa-apa buat masa ini,” ujarnya lagi.
ot;1" />
Powered by Blogger.