F Gambar Cerita Segalanya... Malu-Malu Nampak? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Gambar Cerita Segalanya... Malu-Malu Nampak?

KALAU dahulu pasangan ini nampak malu-malu nak berkongsi perasaan cinta tapi kali ini ia sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Buktinya, Erra Fazira dan Shahir Zawawi sudah mula berkongsi hubungan itu apabila kedua-duanya muncul dalam sebuah majlis berpakaian warna hijau sedondon.

Shahir sudah memuat naik beberapa keping gambar bersama Erra di Instagram ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak dari Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zahra di Melaka.

Tetapi yang menjadi perhatian pengikutnya, pasangan itu yang kelihatan malu-malu apabila gambar mereka dirakamkan ketika duduk di meja makan.

Teruk juga Shahir dan Erra diusik peminat apabila mereka tampil sehingga ada yang bergurau pasangan itu kelihatan seperti pengantin baharu.

Haih! Makna kata dah tak lama la nak makan nasi minyak ni? Amin! Shahir pun dah bersedia nak menamatkan zaman bujang.

Shahir Akhirnya Buka Mulut Sedia Kahwini Erra Fazira

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen pada gambar itu mendoakan agar mereka segera bertemu jodoh dan mendoakan kebahagian buat Erra dan Shahir.

Tidak kurang yang memuji mereka yang bijak menyembunyikan kisah cinta mereka dan tidak melihat perbezaan umur sebagai penghalang untuk mengecapi kebahagiaan.
ot;1" />
Powered by Blogger.