Berita Terkini
recent

G-Dragon tidak lupa peminat di Malaysia

PENYANYI terkenal Korea Selatan, G-Dragon nyata tidak menghampakan peminat-peminatnya di tanah air ini apabila mengumumkan akan kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah 2017 beliau.

Sebelum ini, para peminat harus berpuas hati apabila nama Malaysia tidak tersenarai di dalam konsert tersebut namun semua itu bakal berubah.

Pihak penganjur, IME Malaysia mengumumkan selebriti tersebut akan mengadakan konsertnya ACTIII, M.O.T.T.E  'Moment of Truth The End' pada 16 September ini bertempat di Stadium Merdeka.



Kali terakhir penyanyi itu atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada Oktober tahun lalu untuk satu konsert  dan 'fan-meeting' bersama kumpulan Big Bang di mana beliau merupakan ketuanya.

Sementara itu, beliau juga baru sahaja melancarkan album terbarunya, 'Kwon Ji Yong' yang mendapat sambutan hangat di pasaran.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.