F G-Dragon Akhirnya Singgah Malaysia September Depan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

G-Dragon Akhirnya Singgah Malaysia September Depan

Bulan lalu, G-Dragon mengumumkan konsert jelajah dunia, ACTIII, M.O.T.T.E (Moment Of Truth End The) menerusi laman sosial rasmi beliau.

Ya, ketika itu, Malaysia tidak dalam senarai negara yang akan 'digegarkannya'. Tetapi, nampaknya VIPs (gelaran untuk peminat) sudah boleh menandakan kalendar, kerana Malaysia akan menjadi persinggahan ketua kumpulan BigBang ini sempena konsertnya.

Dianjurkan oleh IME Malaysia, bintang sensasi global ini bakal mengadakan konsert G-DRAGON 2017 WORLD TOUR <ACTIII, M.O.T.T.E> in Malaysia pada 16 September 2017, jam 7.30 di Stadium Merdeka.

Maklumat lanjut mengenai tiket-tiket akan dimaklumkan tidak lama lagi. Peminat boleh melayari laman Facebook rami (IME Asia), Twitter (IMEproduction) atau Instagram (IME_Asia)

Ini merupakan kali kedua G-Dragon mengadakan konsert solo di ibu negara.

Terdahulu, penghibur yang baru saja melancarkan single terbaharunya bertajuk Untitled, 2014, ini pernah mengadakan konsert 'G-Dragon 2013 1st World Tour: One of a Kind in Malaysia', berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun 2013.
ot;1" />
Powered by Blogger.