F Fasha Terkilan Ada Kesan Luka, Lebam di Wajah Jemaima | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Fasha Terkilan Ada Kesan Luka, Lebam di Wajah Jemaima

Ibu mana yang tidak sedih jika melihat anaknya mendapat kecederaan. Waima luka yang dialami si anak hanyalah sebesar kuman namun ia tetap menguris hati si ibu. Begitulah yang dirasai aktres jelita Fasha Sandha.

Semalam, pelakon drama Lara Aishah ini menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa sedih dan terkilan ekoran ada kesan luka dan sedikit lebam di wajah anak perempuan kesayangannya, Putri Raysha Jemaima, 2. Namun tidak diketahui punca bagaimana Jemaima mendapat luka tersebut.

Dalam posting yang panjang lebar, Fasha berkata hal tersebut cukup menguris hatinya sebagai ibu. Lebih-lebih lagi selama ini Jemaima tidak pernah mengalami sebarang kecederaan apatahlagi luka walaupun kecil. Namun agak malang nasib kanak-kanak itu ketika berada di bawah jagaan orang lain. Itu adalah luka pertama Jemaima dan kesan luka itu di wajah pula.

Jelas Fasha, dia bukan sengaja mahu memperbesarkan hal tersebut atau marah kepada mana-mana pihak sebaliknya dia hanya meluahkan rasa sedih dan merasakan sebagai individu, dia berhak menulis sekaligus mahu berkongsi kesedihan dan kekecewaannya apabila anaknya diperlakukan sebegitu.

..

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Jemaima. Ada juga yang memberikan tips bagaimana untuk merawat luka tersebut. Namun ada juga yang berpendapat luka tersebut hanya sedikit saja.

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan Fasha, kesan luka yang dialami Jemaima betul-betul di hujung matanya. Mujurlah tidak sampai ke arah matanya. Bahaya betul.. Kesian Jemaima.

Selain Jemaima, Fasha mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayfal Ramli Rizal.
ot;1" />
Powered by Blogger.