Berita Terkini
recent

Farisha sahut cabaran

Minat menyanyi mendorong bekas peserta Idola Kecil musim keempat, Farisha Irish, 18, untuk terus aktif walaupun kini sedang menyambung pengajian.

Pemilik nama sebenar Farisha Asmadi ini sedang menyambung pelajaran dalam peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka.

Tampil dengan single berjudul Tak Malu, lagu berkonsep ‘catchy’ itu bukanlah jiwa sebenar Farisha tetapi dia perlu berani menyahut cabaran.

“Lagu ini muziknya agak rancak, memang mencabar untuk saya kerana jiwa lebih kepada lagu balada.

“Namun, saya tidak ada masalah untuk menyanyikannya dan tidak malu untuk mencuba,” katanya.

Sedar akan kehadiran ramai penyanyi dan memberi saingan kepadanya, Farisha berharap single kedua nanti dia berpeluang menyanyikan lagu mengikut kesesuaian masa.

Ini kerana, jika dilihat muzik sekarang pendengar lebih suka lagu ala 1990-an yang kembali menjadi siulan dan kegemaran ramai.

“Apabila diberikan lagu ‘catchy’, saya anggap ia cabaran dan mungkin sesuai dengan usia remaja saya.

“Namun begitu saya berharap turut berpeluang menyanyikan lagu sesuai dengan keadaan kerana cara itu juga antara yang terbaik untuk menarik perhatian pendengar.

“Dengan keadaan penyanyi semakin ramai sekarang ini saya perlu berusaha untuk memastikan nama sebaris dengan penyanyi baru,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.