Berita Terkini
recent

Ezzaty Tak Boleh Bau Sabun

Ramadan kali ini mencabar bagi Ezzaty Abdullah, yang sedang hamil empat bulan yang terpaksa berpuasa berselang-seli kerana mengalami alahan.

Memetik laporan Harian Metro, isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini berkata, masuk saja ke trimester kedua, dia mula mengalami beberapa alahan.

"Setiap kali selepas berbuka, saya akan muntah dan sekitar jam 11 malam, akan rasa lapar semula. Saya juga terpaksa berpuasa berselang-seli kerana kerap muntah,” katanya.

Ujar Ezzaty, antara alahan yang terpaksa dihadapinya dia tidak boleh boleh bau sabun.

"Semua sabun di rumah ditukar kepada jenis yang tidak berbau. Kalau mandi dan ada bau sabun, saya akan muntah,” katanya.

Ezzaty juga bersyukur kerana anggota keluarga dan rakan terdekatnya tidak lokek untuk berkongsi tip kehamilan.

Mengenai sambutan Aidilftri, Ezzaty dan suami hanya melakukan persediaan secara sederhana.

"Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan kandungan dan saiz perut saya selepas ini. Jadi, persiapannya lebih sederhana.

"Ketika menjalani ibadah umrah sebelum ini, saya ada beli jubah dan rasanya ia selesa untuk dipakai pada Aidilfitri ini,” katanya.

Pasangan suami isteri itu akan beraya di Kuala Lumpur saja kerana sejak hamil dia takut dengan ketinggian.

"Jadi kami tidak akan balik ke Sabah, beraya di Kuala Lumpur sajalah,” katanya.

Terbaru, drama lakonannya, Megat Extend sedang rancak disiarkan di saluran Astro Warna dan Mak Cun 3 pula di TV3.

Selain itu, Ezzaty juga teruja menantikan kehadiran filem lakonannya, Kau Takdirku selepas empat tahun menunggu filem itu ditayangkan.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.