F Enggan Ambil Pusing Kritikan Haters | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Enggan Ambil Pusing Kritikan Haters

Teraju utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC), Fazura dan Fattah menyedari banyak pihak yang tidak senang dengan kemesraan serta keserasian ditunjukkan mereka berdua dalam drama mahupun di luar lokasi.

Memetik laporan BH online, pasangan ini berkata, mereka bukan saja berdepan pelbagai ujian seperti dikecam netizen malah selain segelintir golongan selebriti yang secara terang-terangan meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial.

Bagaimanapun mereka enggan melatah serta lebih selesa mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri.

"Saya dengan Fattah selalu cakap, kita tak boleh membaca hati orang. Kita juga tidak mampu untuk menduga niat seseorang sama ada baik atau sebaliknya.

"Cuma, apa yang kita boleh buat adalah terus bersabar dan percaya apabila sesuatu perkara hendak berjaya, akan ada halangan sedemikian," kata Fazura.

Walaupun enggan melayan perkara yang disifatkan sebagai remeh, Fattah tetap melahirkan rasa terkilannya apabila golongan 'pembenci' (haters) berkenaan bertindak di luar batasan.

"Pernah berlaku ketika saya menghadiri satu sesi promosi, tiba-tiba 'client' saya tidak dapat memuat naik gambar kerana akaun Instagram kami digodam.

"Tak sangka ada pihak yang busuk hati sampai ke tahap hendak menutup periuk nasi orang. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dan mungkin tindakan susulan akan dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu," kata Fattah.

Powered by Blogger.