F Dituduh Ganggu Isteri Orang; Sufian Buat Laporan Polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Dituduh Ganggu Isteri Orang; Sufian Buat Laporan Polis

Susulan kes tuduhan menganggu isteri orang, Sufian Suhaimi kini tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Abong, Muar petang semalam.

Penyanyi yang namanya kian dikenali ini terkejut sebaik sahaja menyedari ada individu menuduh dirinya menganggu isteri orang seperti yang telah digembar-gemburkan.

“Saya dapat tahu mengenai cerita ini kira-kira jam 2 pagi tadi. Saya terkejut dan mengambil tindakan pantasmembuat laporan polis.

“Apa yang saya buat adalah untuk membetulkan keadaan. Saya bukanlah seperti yang didakwa individu terbabit sebaliknya difitnah. Saya tak bersalah dan buat semua ini kerana berada di pihak yang benar, …saya tak takut,” katanya.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku pada awal Ramadan yang lalu dan tujuannya membuat laporan adalah untuk mengelakkan pihak lain menjadi mangsa penipuan.

“Pada awal Ramadan saya pulang ke kampung menyambutnya dengan keluarga. Malah, ketika itu, saya sibuk membuat persiapan berbuka dan membeli juadah di bazar bersama keluarga.
“Pelik kerana lelaki itu mendakwa saya melakukanperkara itu pada jam 7 malam ketika saya sibuk nak berbuka puasa dengan keluarga,” katanya lagi.

“Cukuplah dengan tindakan ini agar tiada lagi yang terkena dengan mereka yang menyamar menjadi saya.
Malah Sufian turut mengaku akaun WeChatnya dan aplikasi Bigo di dalam telefon sudah lama dipadam.

Baru-baru ini, salah seorang pengguna Twitter telah memuat naik beberapa bukti dan gambar panggilan video Sufian Suhaimi yang dikatakan menganggu isterinya menerusi satu aplikasi telefon bimbit BigoLive.

Namun, Sufian menafikan dan bertegas itu bukanlah dirinya.

Powered by Blogger.