Berita Terkini
recent

Dipaksa Cium Tiga Lelaki Dalam Sehari

Lily James telah membuktikan dirinya sebagai aktres yang disegani menerusi lakonan mantapnya menjayakan siri Downtown Abbey dan filem Cinderella.

Namun siapa yang sangka, pelakon cantik berusia 28 tahun ini pernah melakukan perkara yang dianggap paling "kotor" ketika di awal kariernya.

Ketika temubual bersama majalah Dujour, Lily James menceritakan pengalaman "terkotor" yang pernah dialaminya saat ujibakat sebuah acara televisyen beberapa tahun lalu.

Aktres berasal dari England ini mengaku dia pernah sekali diarah mencium tiga lelaki dalam sehari.

"Ia sebuah siru TV Shakespeare," ujar Lily James ketika mula bercerita mengenai kenangan pahitnya tersebut.

"Saya harus mencium lelaki dan kami baru saja bertemu. Saya harus melakukan itu dengan tiga lelaki berbeza dalam satu hari."

Malangnya, meskipun telah berusaha melakukannya, Lily pada akhirnya tidak berjaya pada ujibakat tersebut.

Menyesal dengan apa yang telah dilakukan, Lily James, mengatakan tidak akan sesekali melakukan perkara tersebut itu untuk kali kedua.

"Saya berasa kotor, seperti, "Oh, aku harus memberikan itu," dan kemudian mereka seperti "Okay, selamat tinggal." Kamu berjalan keluar dan kamu berasa ditipu," tuturnya. "

"Saya tidak berjaya mendapat watak itu, tetapi saya telah mencium tiga Bill Shakespeares dalam sehari. Saya tidak akan melakukan itu lagi," katanya.

Dalam pada itu, Lily berkata dia sellau berasa gementar dan panik setiap kali mahu menjalani satu-satu ujibakat.

"Aku selalu harus memakai penutup leher setiap kali menjalani ujibakat kerana saya mengalami ruam. Saya sangat gugup," dedahnya.

Kini, Lily James dalam persediaan kembali beraksi di layar perak selepas kali terakhir membintangi filem Cinderella kira-kira dua tahun lalu. Tahun ini, dia bakal membintangi membintangi dua filem iaitu Baby Driver dan satu lagu bertajuk, Darkest Hour.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.