Berita Terkini
recent

Dikecam Gara-gara Terlalu Seksi

Apabila gambar seksi Deepika Padukone yang mendedahkan sebahagian besar dadanya dimuat naik di Instagramnya, dia dikecam peminat.

Walaupun aktres itu sudah mencipta nama di Hollywood menerusi filem XxX: The Return of Xander Cage, peminatnya di India masih bersikap konservatif.

Mereka tidak dapat terima apabila pelakon pujaan mereka terlalu seksi.

Cuba meredakan pengikutnya di Instagram, Deepika memuat naik lagi gambar seksi memakai seluar yang sangat pendek hingga menyerlahkan pangkal pahanya.

Langkah Deepika ternyata silap apabila peminat terus melemparkan kata-kata kesat kepadanya. Ada yang mahu dia berpakaian seperti wataknya dalam filem Piku.

Menurut sumber, masyarakat dan peminat di India sangat kelakar kerana mereka berbangga apabila Deepika tersenarai sebagai ‘20 Wanita Paling Seksi’ tetapi apabila aktres itu memaparkan gambar seksinya dalam Instagram, mereka marah.

“Apa peminat mahu, saya pun tak tahu,” kata sumber itu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.