Berita Terkini
recent

Diana Danielle Bengang Pemandu Teksi Berlagak Samseng

Aktres jelita, Diana Danielle memuat naik sebuah video di insta story meluahkan kemarahan terhadap seorang pemandu teksi gara-gara memberhentikan kenderaannya secara mengejut.

“crazy taxi driver! Absoulutley crazy. Tried to run us over and emergency break.”, tulis Diana.

Isteri kepada aktor Farid Kamil ini bengang dengan tindakan pemandu teksi tersebut yang dianggap sebagai pembuli jalanan.

Menurut Diana, pemandu tersebut sengaja berlagak samseng. Geram dengan tindakan pemandu itu, Diana telah memberikan lampu tinggi. Namun pemandu tersebut dikatakan sengaja memperlahankan kenderaannya dan sengaja break secara mengejut.

Bukan sahaja sempat merakam video pemanduan teksi yang tidak bertanggungjawab itu, Diana juga sempat memaparkan nombor plate kenderaan tersebut.

Berdasarkan rakaman video, jalan raya ketika itu kelihatan lancar dan tidak banyak kenderaan lain yang lalu di kawasan tersebut.

Nampaknya seolah-olah pemandu tersebut memang sengaja cari fasal dan perbuatannya itu sebenarnya turut membahayakan pemandu lain.

Diharap Diana bersabar dengan apa yang terjadi. Manakala buat pemandu tersebut, diharap janganlah ulangi pekara seperti ini lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.