F Dendam, motif pembantu rumah bunuh majikan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Dendam, motif pembantu rumah bunuh majikan

Dipercayai kerana kerap dimarahi majikan menjadi punca seorang pembantu rumah warga Indonesia bertindak menekup muka majikannya sehingga lemas dan meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesahkan motif utama.

"Dipercayai pernah berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa berkaitan beberapa isu.

"Malah, suspek warga Indonesia dan pasangannya turut melarikan kad ATM milik mangsa dan dipercayai menggunakan wang yang dikeluarkan dari mesin ATM menggunakan akaun milik mangsa berjumlah kira-kira RM10,000," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ops Selamat 11/2017 di Kompleks Operasi Litrak Lebuhraya Damansara-Punchong, hari ini.

Sebelum itu, polis sudah menahan pasangan warga Indonesia itu pada 15 Jun lalu di Pajam, Nilai, Negeri Sembilan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian pada 6 Mei lalu, mangsa berusia 65 tahun dan bekas setiausaha kepada pengarah sebuah bank ditemui di sebuah rumah lot di Sungai Kantan, di sini, tidak sedarkan diri, terlentang di atas katil dalam keadaan muka ditutup dengan bantal.

Siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati rumah berkenaan dilengkapi tiga bilik tidur dan mayat mangsa berada di bilik utama.

Powered by Blogger.